Kenapa Luar Negara


Pertama sekali, mengapa tajuk ‘Mengapa Bekerja Di Luar Negara’ di perkatakan dalam perbicaraan ini. Hal ini adalah kerana semua manusia perlu pekerjaan untuk mendapat pendapatan untuk menampung keperluan sendiri atau keperluang seisi  keluarga.

Kini, keperluan seharian atau taraf hidup semakin meningkat dari tahun ke tahun. Jadi, tidak boleh lari dari kenyataan ini dan terpaksalah bekerja lebih masa atau membuat kerja sampingan untuk menampung kekurangan dalam kehidupan seharian. Bagi yang bekerja kerajaan haruslah bekerja lebih masa atau membuat kerja lain selepas habisnya waktu kerja kerana gaji bagi sector kerajaan adalah cukup – cukup untuk menampung keperluan tidak difikirkan lagi apabila berlakunya kecemasan. Bagi yang bekerja di sektor swasta pula , pendapatan mereka juga lumayan akan tetapi perlu diingat bahawa dalam sektor ini mementingkan prestasi dan kualiti kerja barulah dapat gaji yang agak lumayan.

Dalam era 80an dan 90an banyak pekerjaan –pekerjaan kosong  seperti di kilang-kilang, restoran-restoran, gerai-gerai, atau kedai-kedai yang memerlukan pekerja. Tetapi kini, semuanya telah diisi oleh warga asing yang datang secara haram atau saluran yang betul. Hal ini kerana majikan dapat mengurangkan kos pembayaran gaji pekerja dan mudah untuk diarah menjalankan tugasan yang diberi.

Oleh yang sedemikian, orang ramai terpaksa mencari peluang untuk merebutnya untuk keperluan mereka, hal ini menyebabkan banyak syarikat-syarikat multilevel (mlm) tumbuh bagai cendawan dan dalam masa yang sama ada juga syarikat berkesempatan untuk menipu orang ramai untuk kepentingan sendiri. Tidak dinafikan, ramai juga yang Berjaya dalam bidang ini tetapi boleh dikira dan bukanya semua yang ceburi dalam bidang ini semuanya Berjaya. Hal ini adalah disebabkan bakat seseorang tidak sama dan nasib tidak menyebelahinya.

Pada zaman kini, kita harus diingat diskriminasi atau kronisma dalam pekerjaan sudah banyak berlaku. Ini membuatkan mereka yang maju akan terus maju malah yang selainnya akan terus mundur dan terpaksa membuat pekerjaan sampingan untuk menampung keperluan seharian yang semakin meningkat.

Oleh yang demikian, ramai yang berfikir untuk bekerja diluar Negara kerana  di sana tidak seperti di Negara sendiri  tidak ada diskriminasi dan kronisma antara pekerja, disiplin dalam pekerjaan amatlah tinggi kerana produk yang ingin dihasilkan hendaklah berkualiti ,tidak mementingkan bangsa atau kulit serta pendapatannya lebih tinggi jika berbanding dengan Negara sendiri.

Imran Yan...

No comments:

Post a Comment