Wednesday, February 13, 2013

Implikasi Kebanjiran Pekerja Asing di Malaysia

Sebenarnya kehadiran tenaga kerja asing di negara kita memang membawa pelbagai kesan. Ada pihak yang melihatnya kesan negatif dan ada juga yang melihatnya sebagai kesan positif. Mungkin perkara ini memerlukan penelitian yang lebih mendalam daripada semua pihak terutama kerajaan.

Satu perkara yang kita semua harus akui ialah pekerja asing ini telah memberi sumbangan terhadap pertumbuhan ekonomi negara kita. Lihat sahaja sektor pembinaan negara yang memerlukan pekerja yang ramai. Bangunan-bangunan yang tinggi di ibu kota semuanya didirikan hasil titik peluh pekerja asing yang sanggup bekerja keras dengan bayaran yang minimun mungkin.


Bukan itu sahaja, sektor pembuatan negara terutama industri kecil dan sederhana mampu bersaing dengan negara-negara lain kerana menggaji pekerja asing. Kadar upah yang secara relatifnya rendah berbanding mengupah pekerja tempatan menyebabkan sektor industri kita mampu mengeksport barangan lebih murah ke negara-negara lain. Keadaan ini secara tidak langsung turut menjana pertumbuhan pesat eksport negara.


Kehadiran pekerja asing ini turut meningkatkan imej negara sebagai sebuah negara yang membangun. Kalau kita kaji secara teliti, semua rakyat negara maju tidak lagi suka melakukan kerja-kerja yang kotor, tidak berstatus, dan memerlukan kudrat yang tinggi. Jadi, sikap yang diamalkan oleh rakyat kita ini selaras dengan ciri-ciri negara maju yang lain. Kekosongan dalam sektor ini yang menyebabkan pekerja asing membanjiri negara kita.


Namun, kesan positif yang dihasilkan itu turut mengundang bencana terhadap negara kita. Kalau kita selidik, jumlah pekerja asing yang memasuki negara kita ramai yang tidak berdaftar atau lebih tepat masuk secara haram. Keadaan ini menyebabkan timbulnya pelbagai gejala tidak sihat yang sering dikaitkan dengan mereka. Kesukaran untuk mengenal pasti dan mengawal kebanjiran pekerja asing secara haram ini telah memeningkan kerajaan. Pelbagai langkah telah dicuba tetapi hasilnya masih tidak meyakinkan kita.


Kemunculan pekerja asing turut menimbulkan persoalan budaya. Kebanyakan pekerja asing ini datangnya daripada Indonesia, Vietnam, Myammar, India, Filipina, dan Thailand yang telah mengasimilasikan budaya mereka ke dalam budaya kita. Lihat sahaja kelakuan mereka ketika berada di tempat-tempat awam yang jauh berbeza dengan budaya masyarakat tempatan. Dalam keghairahan kita menerima mereka, kita juga harus sedar perbezaan budaya yang wujud antara kita dengan mereka.


Persoalan budaya ini kalau dipanjangkan turut membeir kesan terhadap remaja kita. Remaja kita sudah pasti akan terpengaruh dengan kehadiran budaya baru ini. Mungkinkah bahasa kita akan bertukar seiring dengan wujudnya bahasa asing ini? Mungkin perkara itu tidak akan berlaku tetapi sedikit sebanyak kita akan menerima kesannya jua.


Isu penderaan pekerja asing terutama pembantu rumah turut mengejutkan kita. Keadaan ini bukan sahaja menjatuhkan imej negara malah membuktikan betapa masalah pekerja asing ini tidak ditangani dengan sistematik. Ketiadaan peruntukkan yang kuat untuk menjaga nasib pekerja asing telah banyak kali menjadi perhatian media masa. Pekerja asing tiada mempunyai tempat untuk mengadu hal mereka. Mungkin kerajaan harus mengambil langkah lebih keras dalam menangani isu penderaan ini.


Maka, isu pekerja asing bukanlah satu isu yang mudah ditangani. Kemelut ini memerlukan satu badan bertindak khas untuk memastikan semua pihak menerima pembelaan yang sewajarnya. Kita tidak boleh menganggap pekerja asing satu masalah sementara sahaja tetapi satu masalah yang hanya menanti masa untuk meletup menjadi isu yang lebih besar dan bahaya. 



Dengan penilaian fakta di atas inilah yang harus kita pertingkatkan hal ehwal pendatang asing ke negara kita yang semakin membimbang kan masyarakat kita dan budaya kita sekarang mereka masuk secara haram dah terlalu banyak dan dgn mudah di lapangan terbang mereka di mudah kan masuk kenegara kita… ape tindakan pergawai bertugas di lapangan terbang yang memudahkan mereka masuk …. Kite tidak boleh biar kan negara kite di banjiri warga asing …. Ia pasti mendatangkan beban bagi masyarakat kita …. Di mana pekerja asing dah ada di semua bandar kita… ia menyusahkan bangsa kita sendiri untuk mendapatkan pekerjaan … kebanyak sekarang masyarakat kita bangsa kita menganggur tanpa kerja …. Contohnya, kilang kita sekarang hanya bangsa asing yg berkerja , super market kebanyakkan bangsa asing yg berkerja malah cuci kereta,bengkel, kedai makan, pusat membeli belah kebanyakkn bangsa asing …dimana bangsa kita sendiri tak dapat berkerja.. Dan ada yg berkerja menjadi kuli kepada pendatang asing untuk mendapatkn kerja… kite tak boleh biarkan pekara ini terus berlaku … mahukah anda melihat negara malaysia di penuhi bangsa asing yg menguasai bangsa kita sendiri….

Dengan perkara di atas kerana terlalu tertekan bangsa kita terpaksa memikirkan untuk menyara hidup dan terpaksa ubah haluan ke luar negara untuk mencari rezeki dangan pendapatan yang lumayan…. Dengan itu hanya sebilangan sahaja yang berjaya keluar negara …Kerana bukan mudah untuk berkerja di luar negara yg menggunakn visa pelancong untuk berkerja secara haram di luar negara… 



                                          Video Rakyat Malaysia di Tahan di Airport Australia

DI TAHAN UNTUK DI SOAL JAWAP DAN DI HANTAR PULANG JIKA DI DAPATI BERSALAH KERANA MASUK UNTUK BERKERJA SECARA HARAM….KESUKARAN UNTUK BANGSA KITA BEKERJA DILUAR NEGARA AMATLAH SUKAR DAN RUMIT…
.
KENAPA DI NEGARA KITA SENDIRI TIDAK MENGAMALKN SISTEM KAWALAN YG KETAT DI LAPANGAN TERBANG DAN LAUTAN KITA ….UNTUK TIDAK DI BANJIRI WARGA ASING KE NEGARA KITA?

DI MINTA KERAJAAN KITA AMBIL TINDAKAN DAN BERIKAN KEMUDAHAN KEPADA BANGSA KITA DAN WARGA NEGARA KITA UNTUK BEKERJA DI LUAR NEGARA YANG DI KETUAI OLEH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA.. BUAT MASA INI KEMNETERIAN SUMBER MANUSIA TIDAK MEMPUNYAI APA-APA DASAR BAGI RAKYAT MALAYSIA UNTUK BEKERJA DI LUAR NEGARA.

OLEH DARI ITU KEBANYAKAN RAKYAT MALASYIA YG BEKERJA DI LUAR NEGARA ADALAH ATAS HASIL USAHA MEREKA SENDIRI.


Amir Azril....







1 comment:

  1. apa tindakan kerajaan untuk membenteras pekerja asing yang bekerja secara haram di malaysia ... ia agak ketara sekarang ni.. boleh dikatakan seluruh kuala lumpur selangor,klang,pahang,dan negeri2 yg ada dlm mlaysia ni di banjiri pekerja asing... dan merumitkn warganegara kite untuk mendapatkan pekerjaan di negara sendiri... sy mengharapkan malaysia tidak di banjiri pekerja asing dan ada yg menetap di malaysia secara haram.. dan ada yg membeli memiliki tanah sendiri... di klang kebanyakn warga asing menetap dan membuka perniagaan sendiri.. kenape kerajaan tidak ambil tindakan langsung membiarkan merekan menguasai tanah di malaysia... ini tidak adil sedangkan warganegara sendiri susah untuk mendapatkn tanah sendiri dan memiliki rumah...khususnya bangsa melayu sendiri... mengapa ini semua terjadi di negara kita..?
    tolong beri penjelasan dan ambil tindakan pada warga asing yg semakin lama semakin ramai menetap di malaysia .....

    ReplyDelete