Sunday, February 17, 2013

Mengapa rakyat Malaysia kerja di luar negeri?

BY Anak Malaysia | 3:54PM Jul 13 2006

Memang benar ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk bekerja di luar

negara disebabkan gaji yang ditawarkan jauh lebih baik berbanding dengan

Malaysia. Tetapi, pernahkah kerajaan mengapa ramai rakyat Malaysia yang

meninggalkan Malaysia? Banyak faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia
lebih berminat bekerja di luar negara. Dibawah adalah faktor yang
berkemungkinan menyebabkan rakyat Malaysia lebih berminat bekerja diluar
negara:

1. Ekonomi - Rakyat Malaysia bekerja di negara-negara yang
mempunyai ekonomi yang baik dan stabil berbanding dengan Malaysia.

2. Pengangkutan awam - sistem pengangkutan awam adalah
penting untuk menjamin perkerja-pekerja dapat sampai ke
destinasi perkerja masing-masing. Contohnya Singapura, ramai
rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura berpuas hati
dengan sistem pengangkutannya yang sistematik dan tiada
kesesakan lalulintas.

3. Inflasi - Keadaan inflasi yang teruk melanda Malaysia beberapa
bulan yang lalu disebabkan kenaikan minyak dan elektrik juga
faktor yang menyebabkan rakyat malaysia ingin bekerja di luar
negara. Ramai pekerja yang berkelayakan Ijazah dan yang
mempunyai gaji RM3,000 sebulan merungut kerana gaji mereka
tidak pernah naik dan hanya cukup makan sahaja. .

4. Peluang pekerjaan - kadar peluang pekerjaan yang tinggi di
luar negara telah menarik perhatian rakyat Malaysia. Peluang
pekerjaan di Malaysia tidak tinggi dan lebih kurang 80,000
graduan tidak mempunyai perkerjaan dan graduan terpaksa
mencari pekerjaan yang langsung tidak berkaitan dengan
jurusan mereka. Berdasarkan faktor di atas, kerajaan perlu menandatangani
masalah dalaman negara dengan serius sebelum negara ini kekurangan
pekerja tempatan yang profesional.
Source: http://www.malaysiakini.com/letters/53830

© 2013 Malaysiak ini. All rights re se rve d.

No comments:

Post a Comment